Tuesday, September 16, 2008

CHAPEL ST. BENEDICT, TEMPANGOH LAUT SUGUD

Kampung Timpangoh Laut merupakan perkampungan yang terpencil dan memakan masa lebih kurang 2 jam atau lebih jika berjalan kaki dari Kampung Sugud. Pada asalnya, penduduk Kmapung ini tidak mempunyai agama dan mengamalkan Kepercayaan Kafir.

Seperti lazimnya, Orang kafir mengamalkan upacara 'Moginakan' dan 'Momohizan' yang akan dikendalikan oleh beberapa orang Bobohizan.

Pada tahun 1986, Katekis Wilfred Subing dari Kampung Sugud telah mula menghebahkan Khabar Gembira kepada penduduk Kampung Timpangoh Laut. Beliau telah mengambil masa lebih kurang 2 tahun, dan pada tahun 1989 seramai 58 orang umat telah dibaptiskan oleh Rev. Fr. Primus Jouil.

Roh Allahtelah tumbuh di Kampung ini, dan ia dapat dibuktikan dengan wujudnya Chapel St. Benedict. Doa umatnya telah terjawab dimana Kerajaan Negeri telah memberi peruntukkan RM30,000 bagi pembinaan chapel St. Benedict. Tapak tanahnya didermakan oleh Encik Cornelius Kopiton Doulit. Chapel ini siap dibina dan diberkati oleh Rev. Fr. Thomas Makajil pada 28 April 1991. Chapel ini dinamakan St. Benedict sempena memperingati mendiang Doulit (Benedict Doulit) yang dikatakan orang pertama dari Kampung Timpangoh Laut yang dibaptiskan Sebagai Katolik.

Dengan adanya tempat bersembahyang yang kekal, umat Katolik di Kampung Timpangoh laut dilawati oleh paderi-paderi sekali-dua sebulan bagi merayakan Misa Kudus. Di samping itu, Kampung Timpangoh Laut juga mempunyai seorang Katekis yang merayakan Liturgi Kudus.

Pada masa ini, penduduk Kampung Timpangoh Laut adalah berjumlah 209 orang dari 31 buah keluarga. Seramai 177 orang (85%) adalah beragama Katolik.

0 comments: