
" Apabila saya dipilih untuk menerajui KBP di penghujung tahun 1997, pearasaan takut menyelubungi diri saya. Saya takut tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Walaupun demikian, saya menerima pemilihan itu dengan hati yang terbuka kerana tujuan saya hanyalah untuk melayani belia sebanyak yang mungkin. Pada mulanya saya begitu bersemangat untuk sma-sama melayani dengan teman-teman yang lain. Tapi malangnya semangat itu tidak berkekalan lama. Tanggungjawab yang diberi terasa terabai dan kurang tumpuan. Mungkin kerana saya kekurangan pengalaman dan tidak mendapat tunjuk ajar yang sepatutnya. Memang untuk menjadi seorang pemimpin yang baik tidak mudah. Kita harus tabah dan sabar menghadapi segala masalah. Bagi diri saya ketika itu, saya tidak mempunyai kekuatan yang teguh untuk menghadapi cabaran tersebut. Ini menyebabkan semangat saya pudar seketika. Tidak dapat bergerak selayaknya sebagai seorang pemimpin yang baik. Apa boleh buat, ini mungkin berkat yang Tuhan bagi untuksiri yang lemah dan berdosa ini.
Apa yang saya tahu, sepanjang tempoh saya memegang jawatan Kordinator, tiada sumbangan yang besar untuk belia di sini. Sering kali saya menyesal kerana menerima jawatan itu kerana tidak dapat menyumbangkan apa-apa yang berguna. Hanya memberi tauladan yang buruk, contohnya, mogiginum gisom kosuabon. Dalam pelayanan yang terumbang ambing, sekejap ada, sekejap tiada, dan dipenuhi dengan masalah, terutamanya dalam KBP sendiri, membuat saya merasa putus asa. Saya sudah berkira-kira untuk melarikan diri dan tanggungjawab tetapi ada sesuatu yang menahan saya. Satu perasaan yang sukar di mangarati. Satu kerinduan untuk terus melayani sesama. Perasaan ini membuat saya tidak sampai hati untuk quit. Disamping itu, saya tidak mampu untuk meninggalkan komuniti yang selama inimemberi keriangan sebagai seorang Kristian. Tetapi ketika itu saya penuh dengan kekeliruan dan ketidakpastian akan pelayanan saya. Akibatnya KBP hanya wujud pada nama sahaja. Saya masih ingat lagi memberi semangat kepada kawan-kawan yang lain untuk terus setia melayani padahal saya sendiri sudah putus-asa. Saya juga menyesal kerana tidak dapat membantu belia yang semakin jauh dari gereja.
Apabila saya merenung kembali pengalaman saya dalam KBP, saya menyedari bahawa saya alpa akan sesuatu yang begitu penting sekali. Saya lupa akan kewujudan Dia. Lupa untuk memohon kekuatan untuk bersemuka dengan masalah. Ini disebabakan akan keegoan saya sendiri. Saya yakin dapat melakukannya tanpa bantuan sesiapa tapi akhirnya jatuh dalam percobaan. Saya kurang membuat hubungan peribadi dengan Tuhan. Inilah sebabnya saya tidak kuat untuk menghadapi masalah dalam hidup ini yang turut menjejaskan pelayanan saya dalam KBP. Tiada apa yang dapat memberi damai dan ketenangan kecuali berdoa, memohon petunjuk dan Tuhan. Sememangnya Tuhan itu penuh dengan kasih dan Dia tidak akan membiarkan kita dalam kegelapan selama-lamanya. Tapi terpulanglah pada diri kita sendiri untuk menyedari Kasih Tuhan. Dalam kehidupan setiap hari Tuhan bekerja dengan cara yang kita tidak sedari. Inilah yang berlaku dalam diri saya. Saya tidak sedar akan kewujudanNya di dalam segala masalah yang saya hadapi.
Jika mempunyai peluang sekali lagi, saya tidak ragu-ragu melayani dalam KBP. Ini keranan saya telah menemui kekuatan yang selama ini saya tidak sedari. Saya tidak tahu bahawa segala masalah itu adalah salip-salip yang perlu kita pikul. Sama seperti puteraNya yang menderita di kayu salip,kita juga harus menderita sengsara jika kita mahu mengikutiNya. Dalam pelayanan kita, jadikan Yesus sebagai model dan sumber kekuatan kita. Tiada apa yang mudah untuk dilakukan tapi inilah Tuhan mahu kita lakukan. Dia mahu menguji kita samada kita setia dalam dugaan atau sebaliknya. Saya rasa harapan untuk kembali melayani di KBP mungkin tidak kesampaian. Ini kerana Tuhan mempunyai rencana yang lebih besar bagi diri yang lemah ini. Rencana yang begitu istimewa sekali. Kerinduan dan kekosongan yang selama ini saya alami terjawab dengan panggilanNya. O Tuhan, terjadilah menurut kehendakMu.
Bagi teman-teman yang masih setia melayani dalam KBP dan juga muka-muka baru, teruskan pelayanan anda semua. Jadikan semua masalah itu sebagai salip-salip yang perlu kita pikul. Pohonlah kekuatan dari Dia bagi meneruskan hidup yang penuh pancaroba ini. Nampaknya saya tidak dapat bersama-sama dengan anda semua lagi tapi doa saya sentiasa bersama dengan kamu. Dalam komuniti kita ini, tidak ada sesiapa lagi yang dapat kita harapkan melainkan diri kita sendiri. Ingatlah, Tuhan memanggil kita bukan untuk dilayani tapi melayani. Dan kita melayani bukan untuk sesiapa tapi untuk Tuhan semata-mata. Terima Kasih atas sokongan anda selama ini terutamanya ketika diri ini dalam pencarian tentang erti kehidupan.
Remember that the call to serve is not to be successful but to be faithful. Let us each other in our journey toward the kingdom of God. Adios...To all my friends."
0 comments:
Post a Comment