" Tidak pernah terlintas dalam hati saya bahawa suatu hari nanti saya akan memasuki Seminari. Apa yang saya mahu di dalam hidup ini hanyalah belajar setinggi yang boleh mencari kerja yang baik untuk membantu keluarga. Semasa di bangku sekolah, saya bercita-cita untuk menjadi seorang kerani atau polis sahaja. Tapi nampaknya Tuhan mempunyai rencana yang lain bagi diri ini. Rencana yang sungguh istimewa sekali, sampai saya pada mulanya merasa tidak layak untuk menerimanya kerana kelemahan saya. Tapi Tuhan mengatakan Dia datang bukan untuk memanggil orang benar melainkan orang berdosa.
Panggilan untuk melayani muncul apabila saya mula melibatkan diri dalam aktiviti gereja, 4 tahun yang lalu. Pelayanan yang dipenuhi dengan keriangan dan kesatuan walaupun ketika itu saya masih belajar lagi mengenali Tuhan. Kenangan yang indah ini tidak mungkin saya dapat lupakan kerana waktu itulah saya mengenali hidup berkomuniti. Dan ini terutamanya kisah "The Knights of the Round Table", peristiwa yang dipenuhi dengan adegan pembunuhan, penyeksaan dan pencolekan. Tapi kini ia hanya menjadi memori yang manis sahaja. Segala-galanya sudah berlalu. Bagi saya, ianya rencana Tuhan bagi memastikan saya dapat bersedia untuk menghadapi perkara yang lebih besar lagi, yang saya tidak pernah terfikir akan berlaku.
Semasa aktif dalam gereja, terutamanya dalam KBP, saya merasakan ada satu kekosongan yang misterius sekali dalam diri ini. Satu kerinduan yang sukar untuk dijelaskan. Walaupun saya melibatkan diri dalam semua aktiviti dan kelompok di gereja, is tidak dapat mengisi kekosongan yang saya alami. Ini menimbulkan sedikit kontraversi dalam hidup saya. Kontraversi yang menyebabkan saya tercari-cari tentang erti dan tujuan hidup ini. Dalam pencarian itulah Tuhan membuka hati saya untuk mencoba mengikutiNya secara total. Untuk datang menyahut panggilanNya adalah satu keputusan yang besar sekali yang pernah saya ambil. Satu keputusan yang menentukan arah dan tujuan hidup saya. Walaupun keputusan itu amat berat dan memerlukan pengorbanan besar tapi saya rela melakukannya. Bagi saya, tiada yang lebih besar lagi selain dari cinta kasihNya terhadap kita semua. Walaupun mendapat tentangan dari keluarga dan menyakitkan hati teman-teman yang memahami diri ini, saya tidak menyesal atas tindakan yang saya ambil. Saya merasakan bahawa inilah rencana Tuhan bagi saya. Untuk menjadi saksi dan pelayan di ladangNya yang luas terbentang ini.
Here i am to do your will, O God. Pembentukan hampir setahun sebagai Aspirant banyak membantu saya menganalisa secara mendalam tentang panggilan ini. Semakin jauh saya berjalan, semakin kuat saya rasakan bahawa inilah ministry yang saya rindukan selama ini. Kekosongan yang saya alami seakan terisi. Tetapi saya hanya menurut kehendakNya. Jika Ini yang Tuhan mahu saya lakukan, saya akan meneruskannya. Satu rahmat dari Tuhan ialah kehidupan sebagai Aspirant yang begitu padat sekali sehingga saya tidak menyedari masa sudah berlalu. Dan kini saya akan memasuki sudah hidup yang lebih mencabar bagi meneruskan pembentukan ini.
Semasa di CDC, kami didedahkan kepada kehidupan di seminari. Semua program disusun mengikut program di St. Peter's College, Kuchin, seminari bagi diosis di Sabah dan Sarawak. Pengajaran yang penting saya alami sebagai Aspirant ialah saya mengetahui siapa diri saya. Mengatahui tentang kelemahan dan kelebihan diri, bersedia untuk menerimanya dan sanggup untuk mengubah kelemahan tersebut. ini mengajar saya untuk menjadi seorang yang matang dan beriman walaupun kadang-kadang saya rasa diri ini masih lagi kebudak-budakan. Masih lagi setengah masak..!!! Tapi inilah diri saya yang Tuhan cipta. Walaupun tidak sempurna tapi syiok juga jadi cam budak-budak. Tetapi saya sedar saya akan berubah secara beransur-ansur mengikuti umulan ini. Pembentukan saya di CDC adalah satu persediaan sebelum memasuki seminari. Perkara yang diutamakan di sini ialah belajar bahasa Inggeris. Satu perkara yang langsung saya tidak sedia. Belajar balik...? Oh... tidak mungkin ini boleh berlaku..!! Ini adalah satu khayalan semata-mata. Namun ias adalah satu kenyataan. tapi is juga satu peluang bagi saya untuk mempraktikkan jurus-jurus yang saya telah belajar selama ini.
Formasi sebagai Aspirant mendedahkan saya kepada kehidupan rohani, komuniti dan akademik. Secara jujurnya, formasi ini tidak susah tapi ia juga tidak senang. Anda harus membenarkan diri anda dibentuk untuk menjadi seorang yang seimbang dalam segala aspek. Saya bersyukur kerana sudah melalui hidup berkomuniti di kampung dulu. Ini merupakan satu pengalaman yang berharga bagi saya. Secara tidak langsung ia telah menyediakan diri ini untuk menjalani pembentukan di sini. Sering-kali juga saya merindukan berkomuniti saya yang lama terutamanya itu "kiha-kiha". Tapi saya sedar itu semua sudah berlalu. Saya harus mengubah diri supaya menjadi berdisiplin, matang dan memberi contoh yang baik. Bukan lagi seperti dulu, logop-logopon nopo. Ahh...!! Betapa indahnya kenangan lalu. O My God, why we have you forsaken me?
Dalam perjalanan ini, saya menyedari betapa pentingnya hubungan peribadi dengan Tuhan. DenganNya saya memperolehi kekuatan untuk meneruskan pembentukan ini. Jika mengalami kekeliruan tentang hidup ini, hanya Dia yang dapat memberi kedamaian. Di CDC, pembentukan rohani begitu penting sekali. Keputusan yang diambil adalah keputusan antara kau dengan Tuhan. Tiada sesiapa yang mempengaruhi keputusan itu kecuali anda. Jika sudah menyerahkan diri pada Tuhan, biarkan Dia menjaga Kita.
Sokongan dari keluarga dan komuniti juga penting bagi sya. Ia adalah sumber kekuatan yang berterusan. Saya tidak mahu menghampakan harapan mereka yang telah memberi sokongan pada saya sejak dan mula lagi sehinggalah sekarang. Sokongan moral dan rohani memberi satu kepastian pada diri ini untuk terus melangkah menuju ke satu destinasi yang tiada penghujung. Saya sedar perjalanan ini dipenuhi dengan cabaran dan dugaan tetapi dengan sokongan dan anda semua saya harap akan dapat menghadapinya. It is not enough to take the Cross and kiss it. We must carry it. (St.John Bosco).
Satu seruan kepada mereka yang merasa Tuhan memanggil mereka. Jangan merasa ragu-ragu untuk menjawab panggilan itu. Kita dipanggil keana kita adalah begitu istimewa sekali di mata Tuhan. Carilah Dia dan kamu akan menemui kelegaan. Jangan merasa takut tapi mohonlah bantuan daripada Roh Kudus untuk mencari jawpan terhadap pencarian hidup ini. We should take care to find our vocation because it is the plan God has for us. Lord, help us become an instrument through whom you can do your work. Amen."

0 comments:
Post a Comment