Dalam tahun 1953, sebuah sekolah telah didirikan secara gotong- royong oleh penduduk tempatan dan dinamakan N.V.E.S. Sugud (Native Voluntary English School Sugud). Dengan wujudnya sekolah ini, ia telah memberi peluang kepada penyebaran agama Katolik kepada murid-muridnya. Mata Pelajaran keagamaan yang diajar ialah 'Catechism'. Kebanyakan guru yang pernah mengajar di sekolah ini adalah beragama Katolik. Mereka menekankan kepada murid-murid amalan berdoa sebelum dan selepas kelas setiap hari. Di samping itu, murid-murid juga digalakkan membaca buku keagamaan di rumah.
Namun, tidak dapat dinafikan bukan semua murid N.V.E.S. Sugud memeluk agama Katolik. Murid-murid yang telah memeluk agama Katolik juga tidak dapat mempengaruhi ibubapa mereka untuk dibaptiskan. Dalam tahun 1970, tinjauan mendapati lebih kurang 80% penduduk Kampung Sugud masih mengamalkan kepercayaan kafir. Mulai tahun 1975, beberapa orang legionaries dan seorang katekis dari Limbanak Catholic Community Committee (LCCC) telah memimpin penduduk Kampung ini untuk mempelajari dan mendekati agama Katolik. Walau bagaimanapun, yang terlibat secara langsung hanyalah dari kalangan pemuda pemudi sahaja.
Mulai Tahun 1977 sehingga tahun 1985 umat Katolik di Kampung Sugud telah dilawati oleh paderi dari Mission Penampang untuk merayakan Misa Kudus yang diadakan di balai raya Kampung Sugud. Lawatan dua kali sebulan oleh paderi ini telah sedikit sebanyak merintis jalan kepada lebih ramai penduduk Kampung Sugud untuk membuka hati mereka menerima 'Khabar Gembira'.

0 comments:
Post a Comment